Ahad, 10 Mac 2013

muslimah sejati

ASSALAMMUALIKU  SAHABAT ,

Aku, hanya seorang insan lemah yang dahagakan ilmu dunia dan akhirat. Menjadi insan baik itu bukan satu pilihan tapi satu perjuangan. Dahulu aku seorang hamba. Kini, aku seorang hamba dan selamanya tetap hamba kepada Ilahi. Mari menjadi Hamba Ilahi..Nilailah diri ini dari kaca mata hamba Ilahi, bukan pada labuhnya hijabku, bukan jua pada petah bicaraku.. Diri ini masih bertatih di dunia fana, untukku cari hakiki di akhirat sana. Andai aku terjatuh, sambutlah tanganku. Andai aku tersesat, pimpinlah langkahku. Aku masih bertatih, dan tidak akan mengalah.

 Wahai diri, impianmu mahu menjadi mujahidah solehah. Maka jadilah persis mawar agama yang harum semerbak dengan keindahan pekertimu, ketakwaan hijabmu, keteguhan imanmu, kemuliaan santunmu...

Wahai para ikhwan... Kamulah pemimpin agama, maka jadilah pemimpin soleh yang adil dan saksama. Bimbinglah keluargamu, sahabatmu, kembali ke fitrahnya. Jagalah iman, Islam dan ihsan agar tidak pantas langkahmu tersadung di medan perjuangan ini...insyak allah...moga2 segala hidup dan mati kita diredai allah swt...amin......   : D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan